BWCC Worship

0
36

Genre : Pop / Rock / Ballad /Modern

Aktif Sejak : 2013

Laman Web Rasmi : http://bwccministry.org/bwccworship

 

Contact : info(at)bwccministry.org

BWCC Worship lahir daripada “Worship Team” daripada sebuah gereja BM yang terletak di Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Pada 7 Februari 2015 yang lalu, BWCC Worship baru sahaja melancarkan Album Sulung mereka yang pertama berjudul “REAL”. Menceritakan tentang bagaimana nyatanya TUHAN dalam perjalanan hidup kita, setiap lirik dan melodi adalah gubahan ahli team BWCC Worship itu sendiri.

Ia bermula dengan sebuah impian dan visi yang Tuhan telah diletakkan kepada Pastor Perry beberapa tahun yang lalu dan bagi dia ia seolah-olah mustahil untuk sebuah gereja kecil seperti BWCC (atau nama penuhnya Breakthru’ Worship Community Church) untuk merealisasikannya. Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan noktah untuk membiarkan kehendak Tuhan yang perlu dilakukan, maka BWCC Worship dan REAL dihasilkan!

Pada awal 2016 BWCC Worship telah melahirkan album kedua mereka yang bertajuk Christ Our Victory (C.O.V) yang bertema-kan kemenangan. Ya, kemenangan yang mutlak satu-satunya milik Yesus dan album ini yang lirik dan lagunya di tulis oleh team BWCC Worship sendiri adalah sebuah testimoni tentang pengorbanan Tuhan, pekerjaanNya dalam setiap peribadi kita dan juga pengharapan yang Yesus berikan buat kita semua melalui kebangkitan-Nya.

BWCC Worship telah bekerjasama dengan Ricky Sutanto sebagai music director untuk kedua-dua album dan Winny Jessica Setiawan sebagai vocal director untuk album REAL dan Herman Suryanto untuk album C.O.V.

(Dipetik daripada Laman Rasmi http://bwccministry.org/bwccworship/)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here