Chozen Band

0
41

Bicara Hidup from CHOZENBAND on Myspace.

Genre : Gospel Rock / Indie

Aktif Sejak : 1999

Laman Web : https://myspace.com/chozenband/music/albums

Chozen terdiri daripada anak- anak muda dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang berlatar belakangkan pelbagai denominasi. Kesemua anggota Chozen juga berbeza kaum / bangsa antara satu sama lain.

Kumpulan Chozen mempunyai karunia untuk mencipta lagu dan sehingga kini, sudah pun merakamkan dua (2) album rohani. Sebelum mengeluarkan album, setiap ahli Chozen pernah melayani Tuhan secara aktif dalam bidang Praise & Worship di beberapa buah tempat selain di gereja sendiri. Contohnya seperti melayani untuk KKR, Kem Muda Mudi, Konsert Penginjilan, serta Pelayanan Misi Orang Asli.

Kerinduan yang mendalam untuk memberitakan Injil melalui Muzik, Pujian dan Penyembahan menyebabkan sekumpulan anak muda ini menubuhkan sebuah band rohani yang pertama di Malaysia.

Pada Borneo International Gospel Music Festival di Miri 2015, ChozenBand telah bergabung semula secara full band  buat julung kalinya (Wel Loren, Alvin, Peter, Nelson dan Gordon) setelah sekian lama menyepi, atas kekangan jarak (KL, Sabah, Sarawak) dan komitmen masing masing. Namun begitu, sebenarnya ChozenBand masih lagi aktif di bawah frontman Wel Loren dan juga Nelson.

Klip Video Daripada ChozenBand

SHARE
Previous articleSoulCatchez
Next articleRoti Kehidupan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here