Band

X4JC Band

By April 19, 2016 No Comments

Genre : Pop / Rock / Ballad /

Aktif Sejak : 2008

Laman Web Rasmi : http://www.x4jcworship.com

Contact : x4jcworship(at)gmail.com

X4JC Worship dianggotai oleh 12 anak muda yang sebelum ini kurang dalam latar belakang muzik namun mereka telah memberikan kesungguhan untuk dibentuk dan diubah Tuhan dalam kehidupan mereka melalui banyak hal. Sebelum ini, ianya hanya sekadar impian namun kini ia telah menjadi sesuatu yang realiti untuk mereka semua.

Dengan bakat yang Tuhan telah diletakkan dalam band ini, X4JC diberi peluang untuk menggunakannya dalam melayani Tuhan di tempat-tempat yang berlainan, dalam keadaan yang berbeza. Satu perkara yang pasti, X4JC telah melangkah ke depan dengan satu tujuan: untuk membawa umat Tuhan datang untuk menyembahNya.

X4JC percaya kepada bakat-bakat yang Tuhan telah ukir dalam setiap mereka dan mereka yakin pasti bahawa banyak hati akan mendengar dan tahu bahawa Yesus Kristus sahaja yang layak dipuji dan dimuliakan di atas semua.

Extreme for Jesus Christ (X4JC)!

Anggota-anggota X4JC

Vokal – Alvin Anthony, Salifiah Taradas, Gloria Evangeline, Fressela Stephen, Jimpele Ambau,
Eric Macewell, Tracy Saman, Emma Norimah

Gitar – Alvin Anthony & Ato Biruk

Bass – Andy Saedah

Keyboard – Nelson David

Dram – Perry Robert

Klip Video daripada X4JC

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com