Perkongsian

Aku Datang Seperti Pencuri

By January 16, 2007 No Comments

ImageShalom,

Pagi tadi saya terbaca satu tulisan di akbar tempatan berkaitan dengan tsunami, tulisan tersebut berbunyi seperti berikut: "pada hari Sabtu keadaan seperti di paradise tetapi pada hari Ahad ia berubah menjadi neraka". "Ia datang seperti pencuri".

Saya terkejut dan dalam masa yang sama saya teringat Firman Tuhan yang berbunyi "Lihatlah, Aku datang seperti pencuri. Berbahagialah dia, yang berjaga-jaga dan yang memperhatikan pakaiannya, supaya ia jangan berjalan dengan telanjang dan jangan kelihatan kemaluannya"Why. 16:15. Ayat yang hampir sama dalam 1Tes. 5:4 "Tetapi kamu, saudara-saudara, kamu tidak hidup di dalam kegelapan, sehingga hari itu tiba-tiba mendatangi kamu seperti pencuri"

Pada 26 Disember 1996 ribut Grek berlaku di Sabah, Malaysia, beratus atau ribuan orang mati. 26 Disember 2003 gempa bumi di Iran, 41,000 ribu orang mati. 26 Disember 2004, gempa bumi dan tsunami berlaku di Sumatera dan kesannya menjangkau ke 10 buah negara lain. Kenapa mesti 26 Disember? Bukankah Dia telah memperingatkan kita.

Kelahiran Yesus diiringi dengan nyanyian pujian malaikat, kematianNya diiringi dengan kegelapan dan gempa bumi manakala kedatangan kedua kalinya didahului dengan tanda-tanda di langit dan di bumi Lukas 21:11.

Bagaimana dengan saudara? Jangan Ia datang seperti pencuri dalam kelalaian rohani kita sehinggah kita tidak sempat bertobat. Pengakuan dosa harus dilakukan setiap hari dengan Tuhan kerana setiap hari kita melakukan pelbagai dosa baik yang kecil, besar maupun yang kita sengajakan ataupun secara tidak sedar. Kerana jika dosa itu telah berbuah ianya akan melahirkan maut.

Kita jangan mengangap gempa bumi atau tsunami saja yang dapat mengambil nyawa kita. Setiap hari kita terdedah kepada bermacam-macam bahaya seperti kemalangan, kebakaran, banjir, pembunuhan dan lain-lain musibah

Hati yang tertujuh dan bersandarkan kekuatan padaNya, berdoa dan memuji dalam hati setiap masa adalah kunci kekuatan kita. Tidak dilupakan FirmanNya menjadi kekuatan Rohani. Makanan Rohani.

Jika diizinkan musibah menimpa kita, Dia adalah setia akan melindungi kita. Jika kita mati, FirmanNya menjadi pegangan kuat iaitu; barang siapa percaya kepadaNya tidak akan binasa melainkan memperolehi hidup yang kekal bersamaNya.

"Tetapi kamu, saudara-saudara, kamu tidak hidup di dalam kegelapan, sehingga hari itu tiba-tiba mendatangi kamu seperti pencuri".

Sumber : Randie, Persekutuan Muda Mudi Kristian

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com