FeaturedPerkongsian

Benarkah Kita Telah Mengampuni?

By February 23, 2018 No Comments

Matius 6:14-15 (TB) Karena jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga.Tetapi jikalau kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu.”

Shalom saudara-saudara, benarkah kita telah mengampuni kesalahan orang terhadap kita?

Kenapa kita harus mengampuni?

Kerana Firman Tuhan katakan bahawa jika kita tidak mengampuni kesalahan orang, maka Bapa di Sorga juga tidak mengampuni kesalahan kita.

Apakah tandanya kalau kita sudah mengampuni?

  1. Kalau kita tidak lagi menyimpan kepahitan terhadap orang yang telah menyakiti hati kita bererti kita sudah mengampuni-Efesus 4:31.
  2. Kalau kita tidak lagi menyimpan kesalahan orang terhadap diri kita bererti kita sudah mengampuni-1 Korintus 13:5.
  3. Kalau kita tidak lagi menyimpan kebencian terhadap orang yang pernah melakukan kejahatan terhadap kita bererti kita sudah mengampuni-1 Yohanes 4:20.
  4. Kalau kita masih mengasihi orang yang pernah berbuat salah terhadap kita bererti kita sudah mengampuni-1 Petrus 4:8.
  5. Kalau kita sanggup bertemu, berbual, dan ramah terhadap orang yang pernah melukai hati kita bererti kita sudah mengampuni-Efesus 4:32.
  6. Kalau kita tidak gembira bila orang yang pernah membenci kita ditimpah musibah bererti kita sudah mengampuni-Roma 12:15.
  7. Kalau kita masih rela menolong orang yang pernah berbuat jahat terhadap kita bila ia susah dan memerlukan pertolongan bererti kita sudah mengampuni-Galatia 6:2.

Selidikilah hati kita saat ini dengan membandingkannya dengan tujuh perkara tersebut diatas tadi maka kita akan tahu kalau kita benar-benar sudah mengampuni. Jika ternyata belum, lepaskanlah pengampunan kita terhadap mereka saat ini.

Ingatlah Tuhan Yesus sendiri telah mengampuni kesalahan kita, kenapa kita tidak berkorban mengampuni orang yang bersalah kepada kita?

Kerana Firman Tuhan katakan bahawa jika kita tidak mengampuni kesalahan orang, maka Bapa di Sorga juga tidak akan mengampuni kesalahan kita.

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com