2 Korintus 6:14 (TB) Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap?

Shalom,  memilih pasangan hidup harus dengan hati-hati jangan sebarangan, kerana pasangan hidup bukanlah seperti membeli kain yang boleh dipakai buang. Sekali menikah, itu sudah jadi ikatan yang tidak boleh diceraikan oleh manusia, kerana Alkitab mengatakan bahawa apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia – Matius 19:6.

Bagaimana dapat memilih pasangan hidup yang benar di hadapan Tuhan?

1. Pilihlah pasangan dari kalangan sesama seiman- Ayat.14a.

– Dinyatakan dalam 2 Korintus 6:14a, untuk jangan merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tidak percaya. Ertinya dengan orang yang tidak percaya kepada Tuhan Yesus.

2. Pilihlah pasangan yang sehaluan didalam kerohanian – Ayat. 14b

– Dalam kitab Amos 3:3 mengatakan: “Berjalankah dua orang bersama-sama, jika mereka belum berjanji? hal ini bererti bahawa pasangan yang hendak menikah itu bukan saja harus sudah berjanji atau sehaluan dalam hal-hal jasmani sahaja tetapi harus berjanji dalam hal mempunyai tujuan yang sama dalam hal kerohanian iaitu percaya kepada Tuhan Yesus dan memuliakan nama Tuhan pencipta langit bumi.

Pilihlah pasangan hidup yang benar, dengan memilih orang yang sama-sama seiman dengan anda. Kerana apabila Tuhan memang menghendaki anda menikah, pasti Tuhan menyediakan pasangan yang sesuai, seiman, dan yang terbaik bagi anda.

Bimbinglah para pemuda pemudi supaya hanya memilih pasangan hidup yang sama-sama seiman dan jangan sekali-kali mengizinkan pernikahan dengan orang yang tidak mengenal Tuhan.

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com