Perisai Kehidupan

0
21

Sewaktu murid-muridNya berkata, “Ajarlah kami untuk berdoa,” Yesus memulakan pengajaranNya dalam doa dengan memberikan mereka garis panduan ringkas mengenai beberapa perkara yang paling penting untuk berdoa pada setiap hari. Apa yang kita kenali sebagai “Doa Bapa Kami,” arahan Yesus terdapat dalam Lukas 11:2-4 dan Matius 6:9-13.Perhatikan bahawa Yesus mencadangkan supaya cara yang paling kerap untuk memanggil Tuhan adalah sebagai “Bapa kami di syurga.” Kita boleh dan sepatutnya banyak berhubungan dengan Tuhan, yang didedahkan dengan nama dan gelaran untuk Tuhan yang terdapat dalam Kitab Suci. Tetapi hubungan yang paling penting ialah Dia Bapa kita iaitu bapa penuh kasih dan sempurna.

Maka bagaimana kita boleh berbicara [berbual] dengan Tuhan? Dia mahu kita datang kepadaNya sebagai bapa yang penyayang. Kita harus merasa yakin, selamat, difahami, dihargai dan dikasihi untuk datang kepadaNya.

DOA ITU ADALAH PERISAI

Sebagai seorang manusia, kehidupan adalah sangat terdedah kepada bahaya yang tidak terkira samada dari segi fizikal, mental dan juga bahaya spiritual. Bahaya yang paling besar adalah dari musuh utama kita, syaitan si iblis, yang “berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum dan mencari orang yang dapat ditelannya”(1 Petrus 5:8).

Efesus 6:10-20 menerangkan bagaimana kita perlukan perisai untuk rohani kita, “supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis,” dan doa adalah sangat penting sebagai perisai (Efesus 6:18-19). Bagaimana untuk berhadapan dengan perang kehidupan tanpa perisai? Jika kita tidak berdoa, kita menjadi mangsa kepada pemangsa kejam ini.

Adalah sesuatu yang bodoh untuk mencuba “untuk pergi bersendirian” di dalam dunia yang penuh kejahatan dan berbahaya ini dengan mengabaikan kepercayaan kepada Tuhan. Beberapa penderitaan adalah hukuman daripada Tuhan, terutamanya apabila orang dengan sengaja melakukan dosa yang bertentangan dengan hukum Tuhan. Tetapi kebanyakan penderitaan juga datang menimpa akibat dari tindakan kita sendiri, tindakan orang lain, ataupun kerana keadaan, masa dan tanpa diduga.

Bagaimanapun, Tuhan akan campur tangan bagi mereka yang bergantung kepadaNya untuk melindungi mereka daripada kebanyakan kejadian yang tidak diingini. Tuhan membenarkan pengikut-pengikutNya untuk menempuhi beberapa percubaan peribadi untuk mempelajari pelajaran tertentu, tetapi Dia melindungi mereka dari sebarang bahaya walaupun yang paling dasyat.

Kepada mereka yang berusaha untuk melakukan kehendakNya dan memohon pertolongan, Dia akan berterusan membimbing, membantu dan melindungi mereka. Jika kita tidak meninggalkan Allah, Dia tidak akan meninggalkan atau membiarkan kita (Ibrani 13:5). Betapa indahnya janji Allah! Dan betapa janjiNya itu membawa kedamaian di jiwa kita!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here