Strategi Serangan Iblis

0
21

Galatia 5:19-21 (TB) Perbuatan daging telah nyata, yaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu, penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu kuperingatkan kamu — seperti yang telah kubuat dahulu — bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bagian dalam KerajaanNya.

Shalom saudara-saudara, kita yang masih kuat sekarang ini harus mengambil langkah berjaga-jaga sambil memperhatikan setiap pergerakan iblis. Kerana diakhir akhir ini iblis benar-benar berusaha untuk melemahkan serta menggugurkan iman orang kristian, dengan tujuan supaya orang kristen gagal mencapai sorga sebagai destinasi sebenar hidupnya.

KENAPA IBLIS MAU MENYERANG ORANG KRISTIAN?

  • Kerana suatu ketika dulu, iblis pernah tinggal disorga sebagai malaikat terang yang melayani Tuhan di sorga. Itu sebabnya iblis dapat mengetahui dengan tepat sekali tentang bagaimana rasanya, indahnya, bahagianya, seronoknya, kenyamanannya, saat berada di syurga. Oleh sebab itu iblis tidak menghendaki orang kristian dapat menikmati hidup bahagia seperti itu, kerana iblis sendiri sudah dibuang keluar dari sorga kerana dosa pemberontakan terhadap Tuhan.
  • Kerana iblis tidak ingin manusia memuji dan menyembah kepada Tuhan, sebab gara-gara adanya keinginan iblis untuk mau disembah sebagai Tuhan, maka ia jatuh kedalam dosa yang mengakibatkan ia telah di usir keluar dari takhta Bapa di sorga. Itulah sebabnya maka sampai sekarang iblis terlalu benci, memusuhi, dan menentang kepada Tuhan, termasuklah dengan orang kristian yang percaya kepada Tuhan.

APAKAH STRATEGI YANG DIPERGUNAKAN OLEH IBLIS UNTUK MENYERANG ORANG KRISTIAN?

1. Strategi yang dipergunakan oleh Iblis untuk datang menyerang orang kristian ialah dengan memasukkan roh percabulan, roh kecemaran, roh hawa nafsu, roh penyembahan berhala, roh sihir, roh penentang, roh perselisihan, roh iri hati, roh amarah, roh mementingkan diri sendiri, roh pemecah, roh kedengkian, roh kemabukan, roh pesta pora, dan banyak lagi.

  • Strategi serangan seperti ini dipergunakan oleh iblis, Kerana alkitàb mengatakan bahawa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bagian dalam kerajaanNya, dan ketahuilah bahawa hal inilah yang diingini oleh iblis. Dan ternyata, serangan iblis seperti ini sangat berhasil. Seperti yang kita sendiri saksikan bahawa dimana-mana gereja Tuhan banyak mengalami bermacam masalah diantara anggota jemaat dan pemimpin-pemimpin gereja.

Kenalilah strategi serangan iblis! Jangan terperangkap! Awas! apabila didalam hati anda timbul rasa iri hati, dengki, benci, amarah, penentangan, menghakimi orang lain, mementingkan diri sendiri, ada ketamakan, dan sebagainya, maka segeralah meminta pengampunan Tuhan, dan jangan layani perasaan jahat itu, kerana itulah strategi serangan iblis. sebaliknya istiharkan dalam nama Tuhan Yesus supaya roh-roh itu diusir keluar dari hidup anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here