Perkongsian

Tetap Berada di Tangga Teratas

By May 23, 2017 No Comments

PEMBACAAN: Ulangan 28:1, 13 (TB) “Jika engkau baik-baik mendengarkan suara TUHAN, Allahmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka TUHAN, Allahmu, akan mengangkat engkau di atas segala bangsa di bumi. Tuhan akan mengangkat engkau menjadi kepala dan bukan menjadi ekor, engkau akan tetap naik dan bukan turun, apabila engkau mendengarkan perintah TUHAN, Allahmu, yang kusampaikan pada hari ini kaulakukan dengan setia.

Shalom saudara-saudara, rencana Tuhan untuk umat-Nya adalah tetap naik ketangga teratas, dan bukan menurun. Menjadi kepala, dan bukan menjadi ekor.

Bagaimanakah caranya agar tetap naik ketangga teratas?

1.Kita akan tetap naik ketangga teratas jika kita mendengarkan suara Tuhan-ay.1a

  • Mendengar suara Tuhan disini ertinya mendengarkan firman Tuhan. Pada masa kini firman Tuhan pada umumnya dapat didengar melalui khotbah dan pembacaan alkitab sendiri. Itulah sebabnya maka membaca alkitab itu sangat penting, kerana membaca alkitab ertinya mendengarkan suara Tuhan.

2.Kita akan tetap naik ketangga teratas jika kita melakukan dengan setia segala perintah Tuhan-ay.1b

  • Tuhan Yesus mengatakan bahawa barangsiapa mendengar perkataan-Nya serta melakukannya, maka ia seumpama orang yang mendirikan rumah diatas batu, sehingga apabila hujan turun,angin dan banjir datang melanda, rumah itu tidak rubuh kerana telah didirikan diatas batu.
  • Hal ini bererti bahawa setiap ajaran firman Tuhan yang kita sudah ketahui, dengar, dan baca harus diusahakan untuk melakukannya. Kerana dengan melakukan firman Tuhan, maka hidup kita akan terus dibawa naik ke level teratas.

3.Kita akan tetap naik ketangga teratas jika kita terus hidup dengan rendah hati-Amsal 16:18

  • Alkitab mengatakan bahawa tinggi hati itu mendahului kejatuhan. Oleh kerana itu, sentiasa waspada apabila kita sedang berada dilevel atas sedangkan orang lain masih ditangga bawa, atau apabila pelayanan kita sungguh berhasil sedangkan pelayanan rakan yang lain belum membuahkan apa-apa. Atau apabila kita merasa sangat diberkati sedangkan orang lain hidup serba kekurangan.
  • Waspadalah, jangan sampai masuk kedalam jerat iblis, kerana hal-hal seperti ini dapat saja dijadikan oleh iblis sebagai perangkap untuk umat Tuhan menjadi sombong dan tinggi hati,sehingga akhirnya kita pun akan jatuh kebawah

4.Kita akan tetap naik ketangga teratas jika kita tetap semangat didalamTuhan ditengah tentangan-2 Tawarikh 22:13.

  • Semakin bersungguh-sungguh didalam iman percaya kepadaTuhan, semakin banyak rintangan dan tentangan dihadapi. Semakin bersungguh-sungguh melayani Tuhan, semakin tentangan silih berganti datang menyerang, menyebabkan banyak jemaat dan para hamba Tuhan tawar hati untuk melayani Tuhan.
  • Namun ingatlah janji Tuhan,bahawa Ia akan tetap menyertai kita sehingga akhir zaman.Hal itu bererti bahawa kita tidaklah sendirian didalam menempuh hidup ditengah cabaran yang dilalui.Bahkan Tuhan selalu memberi kekuatan,penghiburan,dan semangat baru untuk melayani Dia.
  • Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk menderita oleh tentangan,kerana Yesus sendiri pun mengalami banyak tentangan saat melayani umat-Nya Israel.Sebab itu,tetaplah semangat didalam Tuhan walau ditengah tentangan,maka anda akan tetap berada ditangga teratas dan bukan menurun.

APAKAH RESPON ANDA?

  • Dengarkanlah suara Tuhan,dan lakukan apa yang Tuhan perintahkan. Belajar merendahkan hati,dan tetap semangat ditengah tentangan.Praktikkan hal ini, pasti anda akan dibawa naik ketangga teratas.
Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com