FeaturedRenungan

Bersiap Sedia Untuk Kedatangan Yesus

By February 13, 2018 No Comments

Matius 24:36-43.  “..Kerana itu berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu pada hari mana Tuhanmu datang..” (ayat 42)

Shalom saudara-saudara, Firman Tuhan hari ini mengatakan: “berjaga-jagalah…” kenapa? Kerana kita tidak tahu pada hari mana Tuhan Yesus datang kembali ke bumi ini. Itu sebabnya kita harus berjaga-jaga, kerana apabila kita berjaga-jaga maka kita dapat bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Yesus.

Oleh kerana kita masih tinggal di bumi ini, itu sebabnya tubuh kita masih memerlukan makanan, minuman, kawin dan mengawinkan, dan bekerja. Namun yang sangat penting, walau apapun aktiviti pekerjaan yang kita lakukan kita mesti berjaga-jaga dan siap sedia supaya kita dapat dibawa oleh Tuhan saat Tuhan datang.

Waspadalah kerana Kalau kita tidak berjaga-jaga dan siap sedia, dan hanya menumpukan perhatian kepada kerja-kerja di bumi sahaja, ada kemungkinan akan ditinggalkan di bumi ini pada masa kedatangan Tuhan. Sebab itu berjaga-jagalah supaya dapat bersiap sedia.

Bagaimana dapat berjaga-jaga?

1. Kita haruslah tinggal tetap didalam Tuhan-Yohanes 15:1-8

– Kerana kalau kita tidak tinggal di dlm Tuhan maka kehidupan Tuhan tidak dapat mengalir kedalam kita. Akibatnya, kita akan sangat lemah dan mengantuk dan tertidur rohani. Bila kita mengantuk dan tertidur rohani maka kita tdk tahu apa yang iblis perbuat kepada kita. Bila hal ini berlaku maka dunia dengan mudah dapat menguasai hidup kita. Sebab itu tinggallah di dlm Tuhan maka Tuhanlah yang menguasai kita, kemudian kita pun boleh menguasai dunia ini dan tahu apa yg Tuhan sedang perbuat dalam kehidupan kita.

2. Terimalah ajaran Firman Tuhan-2 Timotous 3:16.

– Kerana jika kita hanya buat activiti agama sahaja seperti menghadiri kebaktian dan sebagainya, ada kemungkinan kita masih jauh dari Tuhan dan tidak sedar apa yg Tuhan sedang perbuat. Tetapi kalau kita menerima ajaran Firman Tuhan, maka Firman Tuhan itu hidup dan aktif Ia mendidik kita supaya meninggalkan tabiat duniawi lalu bangkit dan kembali melakukan kehendak Tuhan.

3. Meninggalkan kehidupan yg sudah biasa-Ibrani 6:1

– Kalau kita sudah biasa dengan perkara yang selalu kita perbuat, ada kemungkinan itu menjadi tradisi dan kebiasaan. Itu sebabnya kita perlu maju, maju, dan maju lagi. Supaya dapat maju, teruslah coba lebih, lebih, dan lebih lagi. Cuba perbuat apa yg tidak pernah diperbuat. Contohnya berdoa sehingga satu jam setiap hari padahal sebelum ini tidak pernah menaikkan doa selama satu jam kepada Tuhan. Begitulah caranya apabila kita hendak maju dan maju lagi iatu harus bertindak untuk melangkah dan melangkah lagi ke depan.

4. Jangan menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah, tapi semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat-Ibrani10:25.

– Apabila bersekutu bersama jemaat Tuhan yang lain, maka kemuliaan Tuhan, kasih Tuhan, dan teguran Tuhan bekerja sehingga kita dapat saling dibangun, saling diberkati dan saling maju, maka kita dapat bersiap sedia untuk hari kedatangan Tuhan.

Mulailah hidup berjaga-jaga. Tinggalkan tabiat duniawi, emosi serta fikiran yang tidak baik. Fokuskan hati untuk menaati Firman Tuhan, maka kita dapat berjaga-jaga dan dapat bersiap sedia menyambut kedatangan Tuhan Yesus kedua kali.

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com