FeaturedRenungan

Berubahlah

By February 17, 2018 No Comments

Roma 12:2 (TB) Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.

Shalom saudara-saudara, setiap kita pasti mengerti bahawa pohon buah-buahan sebelum berbuah ia harus menjalani beberapa proses. Pertama, ia harus mengeluarkan tunas baru yang bertumbuh menjadi dewasa dan kuat. Seterusnya, ia harus mengeluarkan bunga, dan akhirnya harus berubah sehinggalah berjaya menjadi buah yang baik dan matang sebagai hasil yang diharapkan oleh pemilik kebun buah-buahan.

Tuhan Allah adalah pemilik kebun buah-buahan. Orang-orang percaya bagaikan kebun buah-buahan milik Allah, dan betapa Allah mengharapkan kita sebagai kebun buah-buahan-Nya menghasilkan buah-buah yang baik dan matang bagi-Nya.

Bagaimana dapat berbuah?

Agar dapat berbuah, maka haruslah menjalani proses iaitu haruslah berubah terlebih dahulu. Pohon buah-buahan harus berubah dahulu sebelum ia dapat berbuah. Bertunas, berbunga, dan akhirnya menjadi buah. Tetapi ingat, ada banyak serangga yang datang menyerang mulai dari bunga lagi sehingga sesudah menjadi buah pun masih diserang serangga perosak.

Kita pun sama, kuasa-kuasa iblis sering datang menyerang dan merosakkan kerohanian sehingga gagal berbuah. Bagaimana pun tidak ada pilihan lain kecuali harus berubah terlebih dahulu barulah dapat berbuah bagi Tuhan.

Berubah dalam hal bagaimana? Sebagai contoh: kalau dulu biasa marah-marah, sekarang buanglah tabiat pemarah itu. Kalau dulu suka berbohong, sekarang berkatalah tepat dan benar. Kalau dulu sering membenci orang, sekarang mula mengasihi dan sentiasa siap memaafkan. Kalau dulu suka mementing diri sendiri, sekarang belajar simpati dan mulai menolong orang yang berkesusahan, dan begitulah seterusnya.

Apakah kita sudah berubah dari tabiat kita yang tidak baik? Berubahlah maka kita dapat berbuah bagi Allah. Haleluyah!!

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com