Erti Sebuah Kesetiaan

0
27

Wahyu 2:10 (TB) Jangan takut terhadap apa yang harus engkau derita! Sesungguhnya Iblis akan melemparkan beberapa orang dari antaramu ke dalam penjara supaya kamu dicobai dan kamu akan beroleh kesusahan selama sepuluh hari. Hendaklah engkau setia sampai mati, dan Aku akan mengaruniakan kepadamu mahkota kehidupan.

Setiap manusia menginginkan sebuah kesetian, bahkan merasa senang kalau orang-orang tetap setia kepadanya. Namun ia sendiri sebenarnya belum faham apakah ertinya sebuah kesetiaan itu. Itu sebabnya maka saat ia mengalami sedikit masalah dalam hidupnya, ia dengan cepat berubah setia tanpa berfikir panjang tentang kesan buruk dari tindakannya.

Inilah ertinya sebuah kesetiaan?

1. Setia ertinya siap menderita – ayat 10a

– Wahyu 2:10a-Janganlah takut terhadap apa yang harus engkau derita! Sesungguhnya Iblis akan melemparkan beberapa orang dari antaramu ke dalam penjara supaya kamu dicobai dan kamu akan beroleh kesusahan selama sepuluh hari.

– Tanpa adanya hati yang siap menderita, maka tidak mungkin seseorang dapat mempertahankan kesetiaannya, Kerana kesetiaan itu seringkali menghadapi banyak masalah sebagai ujian. Sebagai contoh: kesetian Daniel dalam berdoa diuji dengan gua singa. Kesetiaan Sadrakh, Mesakh dan Abednego kepada Allah diuji dengan perapian yang menyala-nyala.

– Kesetiaan Ayub didalam kesalehan hidupnya dihadapan Allah diuji dengan rompakan keatas semua hartabendanya, kematian kesemua anak-anaknya, penyakitan, dan akhirnya kata-kata yang menyakitkan hati yang dilontarkan kepadanya oleh sahabat-sahabatnya sendiri.

Bagaimana dengan kita? apakah kita masih setia berdoa kepada Tuhan? Masih setiakah kita datang ke persekutuan doa bersama anggota jemaat yang lain digereja? Masih setiakah kita melibatkan diri kepertemuan-pertemuan ibadah digereja?

Untuk memelihara kesetian diperlukan pengorbanan untuk siap menderita dalam apapun bentuk penderitaan kerana setia ertinya siap menderita.

2. Setia ertinya setia sampai mati – ayat 10b

Wahyu 2:10b-“….Hendaklah engkau setia sampai mati, dan Aku akan mengaruniakan kepadamu mahkota kehidupan.

– Kesetiaan jemaat awal adalah teladan dan motivasi yang sangat berharga didalam mempertahankan iman kepada Tuhan Yesus. Sebagai contoh semasa pemerintahan kekaisaran Romawi banyak orang kristen yang mati syahid kerana dianiaya. Samada mati kerana dipenggal, atau dibakar hidup-hidup kerana mempertahankan iman kepada Tuhan Yesus.

– Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi pada masa depan ini. Selain penganiayaan, penolakan, atau kematian kerana nama Tuhan Yesus. Namun janganlah khuatir kerana Alkitab mengatakan bahawa pencobaan yang menimpa kita tidak melebihi kekuatan kita. Pada saat kita dicobai, Tuhan Yesus selalu memberikan kekuatan sehingga kita mampu menanggung apapun bentuk pencobaan yang kita hadapi.

Walau bagaimana pun, haruslah kita sentiasa bersedia baik atau jahat keadaannya. Sengsara atau terpaksa kehilangan nyawa kerana nama Tuhan Yesus. Kerana ada tertulis: “Hendaklah engkau setia sampai mati, dan Aku akan mengaruniakan kepadamu mahkota kehidupan-Wahyu 2:10b.

Berjuanglah mempertahankan kesetiaan kepada Tuhan Yesus tidak kira sengsara atau harus menghadapi kematian, kerana itulah erti sebuah kesetiaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here