Hidup Sepadan Dengan Injil

0
16

Filipi 1:27 (TB) Hanya, hendaklah hidupmu berpadanan dengan Injil Kristus, supaya, apabila aku datang aku melihat, dan apabila aku tidak datang aku mendengar, bahwa kamu teguh berdiri dalam satu roh, dan sehati sejiwa berjuang untuk iman yang timbul dari Berita Injil,

Sejak percaya kepada Tuhan Yesus, kita tak henti-hentinya diajari dengan firman Tuhan. Hal ini demikian supaya hidup kita sentiasa berkenan dihadapan Tuhan, sepadan dengan Injil Kristus.

Bagaimanakah hidup yang sepadan dengan Injil?

  1. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hati yang percaya serta menerima Yesus menjadi Tuhan dan juruselamatnya-Yohanes 1:12.
  2. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang bertobat dari segala dosa-Yehezkiel 18:32.
  3. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang sentiasa dipenuhi dengan Roh Kudus-Efesus 5:18
  4. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang mengutamakan kekudusan setiap saat-Ibrani 12:14.
  5. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang saling mengasihi dan saling mengampuni satu dengan yang lain-Efesus 4:32
  6. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang aktif datang beribadah kepada Tuhan-Ibarani 10:25
  7. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang tetap bertekun didalam doa-Kolose 4:2
  8. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang tekun membaca kitab suci-1 Timotius 4:13
  9. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang sentiasa bergiat dalam pekerjaan Tuhan-1 Korintus 15:58
  10. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang sentiasa berusaha memelihara kesatuan-1 Korintus 1:10
  11. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang tetap setia didalam imannya kepada Tuhan-Wahyu 2:10
  12. Hidup yang sepadan dengan Injil adalah hidup yang tetap bersabar dalam penderitaan-Yakobus 5:7-10

Hendaklah hidup kita sentiasa berpadanan dengan Injil Kristus, supaya, apabila hamba-hamba Tuhan seperti penginjil atau pastor hadir bersama kita mereka dapat melihat, dan apabila mereka berjauhan dengan kita, mereka akan dapat mendengar berita bahawa kita tetap teguh berdiri dalam satu roh, dan sehati sejiwa berjuang mempertahankan iman didalam Kristus Yesus Tuhan kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here