Hidup Suam-Suam Kuku?

0
21

PEMBACAAN: Wahyu 3:15-16 (TB) Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau tidak dingin dan tidak panas. Alangkah baiknya jika engkau dingin atau panas! Jadi karena engkau suam-suam kuku, dan tidak dingin atau panas, Aku akan memuntahkan engkau dari mulut-Ku.

Shalom saudara-saudara, tahukah kita bahawa banyak orang yang gemar dengan cuaca tidak panas tidak dingin, kerana mereka tidak perlu berbuat apa-apa samada menambah hawa dingin maupun penghawa panas? begitu juga dengan orang kristian. Ada yang berpuas hati hanya dengan sudah mendapat gelar sebagai orang kristen sahaja, tetapi tidak mendalami apa erti kekristianan yang sesungguhnya, dan mereka juga tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya adalah orang kristian yang suam -suam kuku.

Dalam hal bagaimanakah hidup kita akan menjadi suam-suam kuku?

1. Hidup kita akan menjadi suam-suam kuku apabila kita belum bertobat dan tidak hidup kudus-Hosea 14:2; 1 Petrus 1:16

2. Hidup kita akan menjadi suam-suam kuku apabila kita sudah kehilangan kerinduan datang beribadah kepada Tuhan-Ibrani 10:25

3. Hidup kita akan menjadi suam-suam kuku apabila kita kehilangan kegairahan dan kesungguhan didalam memuji dan menyembah Tuhan semasa ibadah dijalankan-Wahyu 14:7; Yohanes 4:23

4. Hidup kita akan menjadi suam-suam kuku apabila kita tidak memiliki hubungan akrab dengan Tuhan melalui doa setiap hari-Matius 26:41; Kolose 4:2

5. Hidup kita akan menjadi suam-suam kuku apabila kita kehilangan komitmen didalam membaca alkitab setiap hari-1 Timotius 4:13; Matius 4:4

6. Hidup kita akan menjadi suam-suam kuku apabila kita menyimpan kebencian di hati terhadap seseorang, bersikap dingin terhadap seseorang, dan tidak mau melepaskan pengampunan kepada seseorang yang pernah melukai hati kita-Kejadian 50:17; Matius 6:15; Efesus 4:31

7. Hidup kita akan menjadi suam-suam kuku apabila kita sudah kehilangan kerelaan untuk melayani bagi Tuhan-Roma 12:11; 1 Korintus 15:58

8. Hidup kita akan menjadi suam-suam kuku apabila kita hanya mementingkan diri sendiri, dan kehilangan kasih terhadap orang lain-Efesus 4:2; Yakobus 3:16; Yohanes 13:34

Marilah datang kepada Tuhan Yesus didalam doa. Akui segala kelemahan kita selama ini, dan jadikan Tuhan Yesus sebagai pusat kehidupan kita setiap hari. Tetap semangat didalam Tuhan, walau banyak tekanan menimpa hidup. Tetap lakukan tanggungjawab dengan cara yang benar, agar hidup tidak suam-suam kuku dihadapan Tuhan.

Sumber : Renungan Sepanjang Hayat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here