FeaturedRenungan

Hiduplah Saling Mengampuni

By July 4, 2018 No Comments

Matius 6:14-15 (TB) Karena jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga. Tetapi jikalau kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu.”

Shalom saudara-saudara, setiap manusia masing-masing punya kelebihan atau kekurangan didalam tabiat hidupnya. Ada yang bersikap pendiam, ada juga yang suka banyak becakap. Ada yang suka bercakap tegas, ada yang bercakap dengan lemahlembut. Ada yang sangat berhati-hati bila hendak bercakap, ada juga yang dengan sukahati saja bercakap tanpa memikirkan akibat dari apa yang ia telah ucapkan atau apa yang telah ia perbuat.

Kerana ketidaksempurnaan kita, maka terdapatlah banyak kesilapan didalam kehidupan kita. Samada melalui perkataan maupun tingkah laku kita menyebabkan sering terjadi pergaduhan, kebencian, kekecewaan dan kepahitan. Namun sebagai anak-anak Tuhan kita diperintahkan supaya mengambil sikap “hidup saling mengampuni satu dengan yang lain.”

KENAPA?

  • Kerana jikalau kita mengampuni kesalahan orang terhadap kita, maka Bapa diSorga juga akan mengampuni kesalahan kita-(ay 14).
  • Tetapi jikalau kita tidak mengampuni kesalahan orang terhadap kita, maka Bapa di Sorga juga tidak akan mengampuni kesalahan kita-(ay 15).

Bila Bapa di Sorga tidak mengampuni kesalahan kita, maka nahaslah kita. Kerana firman Tuhan katakan bahawa upah dosa itu maut, bererti orang yang kesalahannya tidak diampuni oleh Bapa di Sorga kerana gara-gara tidak mau mengampuni kesalahan orang kepada kita maka ganjarannya adalah dihukum masuk kedalam lautan api iaitu kedalam hukuman api neraka.

Sebab itu, milikilah sikap yang benar dengan tindakan yang benar pula.

Bertindaklah untuk sentiasa siap untuk mengampuni kesalahan orang, dan terimalah kembali orang itu sebagai saudara seiman didalam Yesus Kristus samada dengan ahli keluarga sendiri maupun dengan jiran-jiran disekitar kita.

Dan buanglah segala kepahitan, kegeraman, kemarahan, pertikaian dan fitnah dari kehidupan kita-Efesus 4:31.

Dan mulailah belajar untuk hidup ramah seorang akan yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni, sebagaimana Allah didalam Kristus telah mengampuni kita – Efesus 4:32.

Doa: 
Tuhan Yesus, ajarlah kami dan mampukanlah kami untuk menaati firman-Mu agar kami senantiasa belajar dan bertindak untuk selalu siap mengampuni kesalahan orang kepada kami, baik dengan anggota keluarga kami sendiri maupun dengan jiran-jiran di sekitar kami dan juga kepada semua orang. Kerana Tuhan Yesus telahpun mengampuni kami, maka kamipun harus mengampuni kesalahan orang terhadap kami. Didalam nama Tuhan Yesus….AMEN!!

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com