Jangan Menolak Yesus

0
56

Yohanes 1:1-4, 10-12 (TB) Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah. Segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan. Dalam Dia ada hidup dan hidup itu adalah terang manusia. Ia telah ada di dalam dunia dan dunia dijadikan oleh-Nya, tetapi dunia tidak mengenal-Nya. Ia datang kepada milik kepunyaan-Nya, tetapi orang-orang kepunyaan-Nya itu tidak menerima-Nya. Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Allah, yaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya;

Shalom saudara-saudara, saat Yesus dilahirkan dibumi lebih dua ribu tahun yang lalu, orang Israel menolak Dia. Kenapa? Kerana mereka tidak percaya bahawa Yesus itu adalah Mesias, raja dan juruselamat seperti yang telah dinubuatkan oleh para nabi lama sebelum kelahiran Yesus. Bagaimana dengan kita? Apakah kita pun mau menolak Dia seperti orang Israel tadi? Siapakah sebenarnya Yesus itu sehingga setiap manusia harus percaya kepada-Nya dan menerima Dia?

1. Tuhan Yesus adalah Firman – Ayat 1

Alkitab mengatakan bahawa Yesus itu adalah Firman, dan bahawa Firman itu bersama-sama dengan Allah bahkan Firman itu adalah Allah sendiri, dan Firman itulah yang telah menjelmah jadi manusia yang telah dilahirkan di Betlehim lebih dua ribu tahun yang lalu, itulah Tuhan Yesus.

2. Tuhan Yesus adalah Pencipta – Ayat 3

Segala sesuatu telah dijadikan oleh Yesus, dan bahawa tanpa Dia tidak ada suatu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan. Bererti segala sesuatu yang telah tercipta seperti yang kita lihat sekarang ini Tuhan Yesuslah yang telah menciptakannya kerana Dia adalah pencipta. Haleluyah!!

3. Tuhan Yesus adalah Juruselamat – Ayat 4

Didalam Tuhan Yesus ada kehidupan, itu sebabnya Tuhan Yesus dapat menjadi juruselamat kepada umat manusia kerana Dia sendiri adalah sumber kehidupan dan penyelamatan, itu sebabnya Yesus mampu menyelamatkan umat manusia dari hukuman kerana dosa-dosanya. Sebab itu percayalah kepada Tuhan Yesus dan terimalah Dia menjadi juruselamat maka hukuman neraka tidak akan datang menimpa kita.

4. Tuhan Yesus adalah Jalan, Kebenaran, dan Hidup – Yohanes 14:6

Tanpa melalui Tuhan Yesus, tidak seorang pun yang dapat diselamatkan, kerana dibawah kolong langit ini hanya nama Tuhan Yesus sahaja yang telah diberikan kepada manusia yang oleh-Nya manusia dapat diselamatkan. Sebab itu jangan lagi mencari-cari keselamatan diluar nama Tuhan Yesus, kerana hanya Tuhan Yesus sahaja adalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak seorang pun yang dapat datang kepada Bapa di Sorga kecuali melalui nama Tuhan Yesus.

Tuhan Yesus telah pun dilahirkan dibumi ini. Sebab itu percayalah kepada-Nya dan terimalah Dia menjadi juruselamat, bukan menolak Dia. Sesungguhnya, jika kita tidak menerima Yesus menjadi juruselamat bererti kita sedang menolak Dia sebagai penyelamat hidup kita.

Jika kita tidak percaya kepada Tuhan Yesus bererti hati kita tidak ada tempat untuk Yesus. Bila hati kita tidak mempunyai tempat untuk Yesus bererti kita sedang menolak Dia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here