FeaturedRenungan

Jangan Menyangkal Tuhan

By March 7, 2018 No Comments

Yosua 24:25-27 (TB) Pada hari itu juga Yosua mengikat perjanjian dengan bangsa itu dan membuat ketetapan dan peraturan bagi mereka di Sikhem. Yosua menuliskan semuanya itu dalam kitab hukum Allah, lalu ia mengambil batu yang besar dan mendirikannya di sana, dibawah pohon besar, ditempat kudus Tuhan. Kata Yosua kepada seluruh bangsa itu: “Sesungguhnya batu inilah akan menjadi saksi terhadap kita, sebab telah didengarnya segala firman Tuhan yang diucapkan-Nya kepada kita. Sebab itu batu ini akan menjadi saksi terhadap kamu, supaya kamu jangan menyangkal Allahmu.”

Shalom saudara-saudara, setelah orang Israel dibawa keluar dari Mesir dan telah mendapat kediaman sendiri di tanah Kanaan seperti yang telah dijanjikan Tuhan kepada Abraham, Ishak dan Yakub bahawa tanah kanaan itu akan diberikan Tuhan kepada keturunan Abraham sebagai milik pusaka, maka Yosua mengikat perjanjian dengan bangsa Israel bahawa mereka hanya beribadah kepada Tuhan Allah bukan kepada berhala. Itu sebabnya Yosua mengambil batu besar dan menjadikannya sebagai saksi terhadap orang Israel supaya mereka jangan menyangkal Tuhan Allah mereka. Sebagai umat Tuhan, kita pun diminta supaya jangan menyangkal Tuhan.

Dalam hal bagaimana?

1. Jangan menyangkal Tuhan saat menerima berkat Tuhan melimpah-limpah-Amsal 30:8-9.

– Apabila kita diberkati Tuhan bahkan sampai melimpah-limpah, maka biarlah hati kita tetap murni, jangan menyangkal Tuhan, sebaliknya kawal-lah berkat Tuhan itu didalam diri kita jangan sampai melupakan Tuhan dengan tidak lagi bersandar kepada Tuhan tetapi pada berkat kekayaan dan kewangan yang ada.

Sampai kita boleh control berkat,berarti sampai batin hati kita bertumbuh. Bila Tuhan memberkati kita berlimpah-limpah janganlah hati kita sejuk, dan janganlah gunakan berkat itu hanya untuk diri sendiri sahaja sebaliknya gunakanlah berkat itu untuk kerajaan Sorga juga. Kerana Tuhan tidak mahu memberikan berkat itu kepada kita kalau semakin diberkati semakin hati kita jadi sejuk dan melupakan Tuhan.

2. Jangan menyangkal Tuhan walaupun selalu bekurangan-Filipi 4 : 11-13.

Dalam kekurangan dan kelimpahan, mari belajar untuk mencukupkan diri dalam segala keadaan. Rasul Paulus mengatakan: “Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yg memberi kekuatan kepadaku. Apabila ada keperluan, pandanglah Tuhan dan berserulah kpd Tuhan, kerana dalam kekurangan kita perlu kekuatan, dalam kelimpahan pun kita perlu kekuatan supaya dapat tanggung segala perkara.

3. Jangan menyangkal Tuhan walaupun sedang menderita-Kisah Rasul 9:1-31.

Melalui penganiayaan iman jemaat mula-mula dimurnikan. Walau menderita mereka tetap setia didalam imannya kepada Yesus. Tetap takut akan Tuhan, tidak putusasa, bahkan oleh pertolongan dan penghiburan Roh Kudus jumlah mereka malah jadi bertambah-tambah.

Kita sendiri tidak tahu apa penderitaan yang bakal kita hadapi. Namun apapun bentuk penderitaan yang dihadapi samada penderitaan oleh penyakitan, oleh kekurangan, atau oleh aniaya kerana nama Tuhan Yesus, tetaplah setia dan jangan menyangkal Yesus. Kerana hanya Dia adalah juruselamat, itu sebabnya harus pegang iman kepada-Nya sampai kesudahan alam ini.

Tetaplah setia, jangan menyangkal Tuhan Yesus. Baik semasa diberkati melimpah-limpah, atau saat berkekurangan, atau saat menderita dalam apapun bentuk penderitaan termasuk aniaya kerana nama Tuhan Yesus.

Kerana sesungguhnya barangsiapa yang tetap setia sampai pada kesudahan alam ini akan menerima mahkota kehidupan.

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com