Renungan

Kata-Kata Yang Penuh Kasih

By November 16, 2017 No Comments

Kolose 4:6 (TB) Hendaklah kata-katamu senantiasa penuh kasih, jangan hambar, sehingga kamu tahu, bagaimana kamu harus memberi jawab kepada setiap orang.

Shalom saudara-saudara, tahukah kita bahawa kebanyakan orang tidak berhati-hati saat berkata-kata? Bila terlalu banyak berkata-kata maka banyaklah ketelanjuran yang menyebabkan orang lain tersinggung dan terluka. Itu sebabnya maka firman Tuhan katakan: “hendaklah kata-katamu sentiasa penuh kasih, jangan hambar…”

Bagaimanakah kata-kata yang penuh kasih?

1. Kata-kata yang penuh kasih adalah kata-kata yang tidak memfitnah – Titus 3:2a.

2. Kata-kata yang penuh kasih adalah kata-kata yang tidak membangkitkan pertengkaran – Titus 3:2b.

3. Kata-kata yang penuh kasih adalah kata-kata yang ramah dan bersikap lemah lembut terhadap semua orang – Titus 3:2c.

4. Kata-kata yang penuh kasih adalah kata-kata yang menghibur mereka yang tawar hati, membangkitkan semangat bagi yang putus asa – 1 Tesalonika 4:18.

5. Kata-kata yang penuh kasih adalah kata-kata yang saling membangun seorang akan yang lain – 1 Tesalonika 5:11.

6. Kata-kata yang penuh kasih adalah kata-kata yang tepat, bukan berdusta – Matius 5:37.

Milikilah kata-kata yang penuh kasih, kerana inilah tuntutan Tuhan bagi umatnya.

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com