Mahu Membeli “Tuhan”

0
19

Ada seorang budak kecil membawa wang 1 ringgit keluar masuk kedai. Bolak-balik bertanya kepada pemilik kedai: “Ada menjual Tuhan atau tidak?”

Semua pemilik kedai mengusir dia … Menganggap budak ini hanya buat kacau saja .

Menjelang malam dia masuk ke kedai yang ke 29 … kedai terakhir yang dia masuk. Seorang tua berumur sekitar 60-an tahun menerima dia dengan ramah, menanyakan kepada budak itu: “Siapa nama kamu?
Kamu mahu beli Tuhan, untuk apa? Cuba kamu ceritakan! ”

Maka budak itu menjawab: “Nama saya Bondi … sejak kecil kedua ibu bapa saya sudah meninggal … bapa saudara saya lah yang menjaga saya selama ini.
Dia bekerja sebagai buruh bangunan … beberapa hari yang lalu dia jatuh dari tingkat 3 dan sekarang sedang koma di hospital. Menurut doktor beliau itu sudah tidak punya harapan lagi … hanya TUHAN saja yang boleh menolongnya …!

Dengan teresak-esak budak ini meneruskan kisahnya … “Tuhan” itu pasti adalah sejenis ” Ubat Ajaib ” dan sebab itu saya mahu beli Tuhan untuk menolong bapa saudara saya. ”

Mendengar cerita si Bondi … air mata orang tua itu berlinang lalu dia berkata kepada Bondi “Nak, ya di sini ada “Tuhan” dan kebetulan harganya 1 ringgit, tepat seperti wang yang kamu ada.” Dari almari dikeluarkannya sebotol minuman yang ada tulisan “KASIH TUHAN.” Katanya: “Ambillah ini nak … pakcikmu akan sembuh selepas minum ini.” …

Setelah mengucapkan terima-kasih, si Bondi berlari membawa minuman ke rumah sakit. Sesampai di rumah sakit Bondi berteriak-teriak: “Pakcik … pakcik … aku berjaya beli Tuhan … selepas minum TUHAN, pakcik mesti sembuh! ”

Beberapa hari kemudian, ada beberapa orang doktor pakar terkenal datang ke hospital itu dengan peralatan dengan tujuan merawat pakcik Bondi. Selang beberapa minggu kemudian, sembuhlah pakciknya.

Sebelum bondi dan pakciknya mahu meninggalkan hospital, dilihat pakcik bil rawatannya. Hampir pengsan disebabnya kos yang sangat tinggi! Namun pihak hospital cepat-cepat berkata kepadanya: “Tidak payah risau, encik. Semua kosnya sudah dilangsaikan”. Pakciknya kehairanan dan agak memaksa untuk tahu siapa yang telah membayarnya. Maka salah seorang juruwang hospital itu menjawab.. “Beliau itu dulu bos sebuah syarikat besar dan selepas bersara beliau membeli 1 kedai di pekan tidak jauh dari sini. Menjadi pengusaha kedai kecil-kecilan untuk mengisi masa terluang. Beliaulah yang memanggil pasukan doktor dan membiayai semuanya. ”

Mendengarkan itu, dia dan Bondi cuba pergi mencari kedai orang tua itu, namun hampa disebabkan orang itu itu telahpun berhijrah ke tempat lain.

Beberapa bulan kemudian, mereka mendapat surat dari orang tua yang baik hati itu. Disuratnya tertulis: “Hai saudara, anda sangat bertuah punya anak saudara seperti Bondi … dengan 1 ringgit, Bondi dengan pemikiran anak kecil sanggup ke hulu ke hilir dengan harapan mahu membeli Tuhan untuk menyelamatkan kamu. Imannya yang besar kerana dia amat mengasihimu sebagimana Tuhanmu! Dialah yang menyambung nyawa saudara.Tetapi kamu perlu ingat: TUHAN sesungguhnya ada di HATI orang yang punya KASIH.

“Sekalipun aku mempunyai karunia untuk bernubuat dan aku mengetahui segala rahsia dan memiliki seluruh pengetahuan; dan sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama sekali tidak berguna. Nubuat akan berakhir; bahasa roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap tetapi Kasih tidak akan berkesudahan.”

God is Love.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here