Mencintai Firman Tuhan

0
50

Mazmur 119:165 (TB) Besarlah ketenteraman pada orang-orang yang mencintai Taurat-Mu, tidak ada batu sandungan bagi mereka.

Shalom saudara-saudara, renungan firman Tuhan pada kali ini berbicara tentang mencintai firman Tuhan.

Siapakah orang yang mencintai firman Tuhan?

1. Orang yang mencintai firman Tuhan adalah orang yang meluangkan masa untuk membaca Alkitab setiap hari – 1 Timotius 4:13

Membaca Alkitab memerlukan komitmen yang tinggi. Kerana hanya mereka yang memiliki komitmen tinggi yang akan berusaha meluangkan masa untuk membaca Alkitab walau pun sibuk dan lelah oleh pekerjaan seharian.

Tanpa adanya komitmen, maka kebanyakan orang tidak dapat membaca Alkitab kerana dihalangi oleh rasa penat, kemalasan, dan rasa mengantuk. Bayangkan kalau halangan seperti ini terus dilayan setiap hari tanpa diatasi, sudah pasti kegagalan membaca Alkitab akan berterusan.

Luangkan masa untuk membaca Alkitab setiap hari, kerana Firman Tuhan adalah makanan yang menguatkan kerohanian, menghibur, mendorong, membangkitkan semangat yang baru, dan menjadi senjata ampuh yang memberi kita kemenangan terhadap iblis saat kita dicobai-Efesus 6:12; 1 Petrus 5:8

2. Orang yang mencintai Firman Tuhan adalah orang yang mau merenungkan Firman Tuhan itu pada siang dan malam – Mazmur 1:1-3

Merenung Firman Tuhan adalah mau mencari tahu apakah dalam pembacaan ayat Firman Tuhan tadi terdapat amaran tentang dosa yang harus dijauhi? Apakah ada perintah yang harus kita patuhi? Apakah janji Tuhan yang harus kita pegang? Apakah teladan baik yang harus kita dicontohi? Dan apakah tindakan yang harus kita perbuat setelah membaca Firman itu? Dan sebagainya.

Apabila kita ingin mendapatkan makanan bergizi dari Firman Tuhan yang kita baca, maka mulailah membaca dengan merenungkannya dengan menggunakan contoh pertanyaan tadi. Namun jangan lupa, Roh Kudus adalah pembimbing kedalam pengertian lebih mendalam akan Firman Tuhan, kerana Firman Tuhan dihasilkan dari ilham Roh Kudus.

3. Orang yang mencintai Firman Tuhan adalah orang yang berusaha melakukan ajaran Firman Tuhan yang ia sudah dengar dan baca – Yakobus 1:22-24

Dalam Mazmur 1:1-3 mengatakan bahawa berbahagialah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang fasik dan tidak mau berdiri dijalan orang berdosa, serta tidak duduk dalam kumpulan pencemooh, tetapi yang kesukaannya ialah Taurat Tuhan, dan yang merenungkan Taurat itu siang dan malam.

Juga dalam Matius 7:24-25 Tuhan Yesus mengatakan bahawa setiap orang yang mendengar perkataan-Nya ia sama seperti orang bijaksana yang mendirikan rumahnya diatas batu, yang apabila hujan turun serta banjir dan angin datang melanda, rumah itu tidak rubuh kerana didirikan diatas batu.

Iman kita tetap berdiri kukuh dalam apapun pencobaan yang dialami, selagi kita berusaha melakukan ajaran Firman Tuhan yang sudah didengar dan dibaca. Kerana Firman Tuhan adalah kekuatan, senjata, dan cahaya yang menerangi jalan hidup kita. Selain daripada itu, ia juga bertindak sebagai pengajar, menyatakan kesalahan, memperbaiki kelakuan, serta mendidik kedalam kebenaran-2 Timotius 3:16.

Luangkan masa untuk membaca dan merenungkan Firman Tuhan setiap hari. Sambil itu, berusahalah melakukannya, kerana inilah sikap hati orang yang mencintai Firman Tuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here