Renungan

Merasa Tidak Sanggup

By July 10, 2017 No Comments

Janganlah takut kepada mereka, sebab Aku menyertai engkau untuk melepaskan engkau (Yeremia 1:8).

“Saya tidak boleh.” Dengan kata-kata tersebut, kita sering menolak tanggungjawab untuk melakukan sesuatu yang Allah inginkan.

Saya masih ingat dengan jelas rasa ketidaksanggupan yang saya alami ketika diberi tanggungjawab sebagai Elder Gereja Pentabdir suatu ketika dahulu. Saya merasakan saya terlalu muda dan kurang berpengalaman untuk memikul tanggungjawab ini, yang begitu besar bagi saya.

Bagaimanapun juga, kita tidak perlu menyalahkan rasa takut itu dan menjadikannya alasan untuk menghindari tujuan hidup yang telah Tuhan tetapkan bagi kita.

Lihatlah Yeremia. Tuhan telah mempersiapkannya untuk menjadi “nabi bagi bangsa-bangsa” (Yeremia 1:5).

Namun ketika dia mendengar rencana Tuhan , dengan serta merta dia menolak dan berkata,

“Sesungguhnya aku tidak pandai bicara, sebab aku ini masih muda” (ayat 6).

Tidak jelas berapa usia Yeremia pada waktu itu, tetapi yang jelas hal itu tidak menjadi masalah bagi Tuhan .

Dia tidak menerima penolakan Yeremia. Sebaliknya, Tuhan akan menyediakan apa yang diperlukan oleh Yeremia agar boleh berjaya, yakni ;

  • kesanggupan (ayat 7),
  • penyertaan-Nya (ayat 8),
  • dan kata-kata yang harus di ucapkan (ayat 9).

Dengarkanlah Tuhan . Apa panggilan Tuhan yang harus Anda lakukan bagi-Nya? Apakah hal itu kelihatan sukar untuk dilakukan?

Apabila Tuhan memberikan tugas kepada Anda, maka bukan Anda sendiri yang akan melakukannya. Dia yang akan bekerja melalui Anda. Dia yang akan mengatasi ketidaksanggupan Anda.

Tuhan memberkati!

Sumber : Inspirasi Rohani

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com