FeaturedRenungan

Orang Yang Bijaksana

By February 10, 2018 No Comments

Matius 25:1-4 (TB) “Pada waktu itu hal kerajaan Sorga seumpama sepuluh gadis, yang mengambil pelitanys dan pergi menyongsong mempelai laki-laki. Lima di antaranya bodoh dan lima bijaksana. Gadis-gadis yang bodoh itu membawa pelitanya, tetapi tidal membawa minyak, sedangkan gadis-gadis yang bijaksana itu membawa pelitanya dan juga minyak dalam buli-buli mereka.

Shalom saudara-saudara, tahukah kita bahawa saat kita percaya kepada Tuhan Yesus, sesungguhnya kita pun memiliki pelita hidup?

Di khemah Musa, setiap hari imam-imam bagi minyak supaya memelihara api di 7 kaki dian. Kerana jika api itu tidak dipelihara, khemah suci akan jadi gelap. Tubuh kita adalah khemah atau bait Allah kerana Roh Kudus berdiam didalam kita. Kalau kita tidak memelihara api/pelita didalam hidup kita, maka hidup kita akan jadi gelap. Akibatnya kita tidak akan tahu mau jalan ke mana sehingga akhirnya jalan kita terpesong dari jalan yang sebenarnya.

Firman Tuhan adalah pelita dan terang bagi kehidupan kita. Selagi kita memiliki Firman dalam hati dan berjalan selaras dengan Firman Tuhan, bererti kita sedang memelihara api/pelita dan terang-bdk Mazmur 119:105. Sementara Roh Kudus adalah minyak bagi pelita itu. Bererti kita harus dipenuhi Roh Kudus setiap saat supaya kita sentiasa memiliki minyak dalam pelita hidup agar kita pun tahu mau jalan ke mana kerana melalui Firman Tuhan itulah maka kita akan dapat membezakan apa yang kudus dan apa yang najis. Hal itu bererti pelita kita sedang menyala dan menerangi. Pada masa itu kita pun akan mengerti kehendak Tuhan dan mendapat kekuatan dan semangat baru untuk maju dalam kerohanian.

Sesungguhnya apabila kita memiliki minyak yang cukup maka api pelita hidup kita akan menyala-nyala sama seperti pelita dari gadis-gadis bijaksana tadi. Bagaimana memiliki pelita yang apinya terus menyala? Pastikan bahawa kita sedang berada didalam atau in right place dgn right person in right time supaya kita terus dapat bersama dgn Tuhan.

Tetapi kalau kita hanya sibuk dgn kerja sendiri sahaja dan tidak sibuk dengan Tuhan, bererti minyak pelita kita kurang dan tidak cukup. Bererti kita tidak berada di right place dgn right person in right time. Kerana hanya Tuhan adalah sumber untuk pelita hidup dapat menyala. Jangan menjadi sama seperti gadis-gadis yang bodoh tadi yang hanya membawa pelita tetapi yang tidak membawa minyak untuk mengisi pelita.

Janganlah berjalan sendiri, berjalanlah bersama Yesus. Kerana kalau berjalan sendiri sangat mudah diserang iblis, mudah sombong, dan susah mau bersatu dengan orang lain.

Berjalanlah bersama Yesus didalam iman. Miliki Firman ke dalam hati, miliki Roh Kudus yang memenuhi seluruh hidup kita. Teruslah bersama Tuhan, maka kita akan menjadi orang bijaksana yang pelita hidupnya terus menyala sampai Tuhan datang.

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com