Renungan

Rahsia Doa Dari Daniel

By July 6, 2017 No Comments

Daniel 6:10 (TB) (6-11) Demi didengar Daniel, bahwa surat perintah itu telah dibuat, pergilah ia ke rumahnya. Dalam kamar atasnya ada tingkap-tingkap yang terbuka ke arah Yerusalem; tiga kali sehari ia berlutut, berdoa serta memuji Allahnya, seperti yang biasa dilakukannya.

Renungan firman Tuhan pada kali ini mengajak kita untuk belajar Rahsia doa dari Daniel, yakni doa yang mampu mengundang mujizat Tuhan saat ia dibuang ke gua singa, kerana melanggar surat perintah larangan memanjatkan sebarang permohonan kepada mana-mana dewa dalam tempoh tiga puluh hari kecuali kepada raja sahaja.

Apakah rahsia doa dari Daniel itu?

1. Rahsia doa dari Daniel adalah “keberanian mempertaruhkan nyawanya” demi memelihara hubungan akrabnya dengan Tuhan melalui doa – (ay.10)

– Surat perintah yang ditandatangani oleh raja Darius telah dikeluarkan bahawa barangsiapa dalam tempoh tiga puluh hari menyampaikan permohonan kepada salah satu dewa kecuali kepada raja sahaja, akan di buang kedalam gua singa.

– Bagi Daniel doa adalah hubungan akrabnya dengan Tuhan dalam kehidupan hariannya. Daniel tidak sanggup berpisah dengan Tuhan melalui doa hariannya hanya kerana ingin menghindarkan diri dari hukuman bunuh dengan cara dibuang ke gua singa yang sedang kelaparan. Dengan itu Daniel mempertaruhkan nyawanya dengan meneruskan doanya kepada Tuhan bahkan sehingga tiga kali sehari ia berdoa kepada Tuhan seperti yang biasa dilakukannya pada setiap hari.

– Bagaimana dengan kita? Mari mulai berusaha mempertingkatkan doa kita kepada Tuhan tidak kira apapun cabarannya. Kesibukan, penat, mengantuk, dan banyak lagi cabaran yang cuba menghalang kita daripada berdoa kepada Tuhan. Namun lawanlah kesemua halangan itu agar kita dapat meneruskan doa kepada Tuhan dengan tetap setiap hari.

– Untuk itu, mari belajar dan berusaha untuk dapat mengorbankan sebahagian dari masa yang kita ada termasuklah sebahagian dari masa tidur dan rehat kita hanya untuk memelihara hubungan akrab kita dengan Tuhan melalui doa.

2. Rahsia doa dari Daniel adalah berdoa sambil memuji-muji Tuhan Allahnya- (ay.10b)

– Daniel menyedari bahawa hanya Tuhan adalah Tuhan dan hanya Dia sahaja yang harus dipuji dan disembah baik yang disorga maupun dibumi ini. Dengan itu setiap kali Daniel berdoa ia tidak pernah terlupa untuk mengucap syukur atau memuji-muji Tuhan.

– Kebanyakan doa orang kristen hanya cenderung meminta sahaja tetapi kurang mengucap syukur apa lagi memuji-muji Tuhan. Jika kita ingin menyenangkan hati Tuhan sehingga doa kita didengarkan-Nya, maka marilah belajar berdoa dengan mengikut sertakan ucapan syukur dan puji-pujian kepada Tuhan. Kata-kata pujian dapat dilakukan samada melalui doa maupun melalui lagu pujian kepada Tuhan.

Mari berusaha untuk dapat mengorbankan sebahagian dari masa yang kita ada termasuk sebahagian masa tidur dan rehat kita demi memelihara hubungan akrab kita dengan Tuhan melalui doa.

Maka malaikat Tuhan akan datang mengatupkan mulut-mulut singa iaitu iblis yang Alkitab katakan sedang berjalan kian kemari sambil mengaum-ngaum mencari orang yang dapat ditelannya, agar iblis tidak dapat mengapa-apakan kita, seperti mana malaikat Tuhan telah diutus datang mengatupkan mulut singa digua singa sehingga tidak mengapa-apakan Daniel yang telah dibuang ke dalam gua singa itu -1 Petrus 5:8.

 

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com