Roti Kehidupan

0
61

Rujukan (Mat 4:1-11)

Saya tertarik dengan jawapan Yesus kepada iblis semasa di Padang Gurun “Manusia bukan hidup dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Tuhan“.

Apakah perkataan yang keluar dari mulut Allah? Sudah tentu Firman Tuhan yang ada pada kita namun ramai orang percaya yang tidak membaca dan merenungkan Firman Tuhan hari ini.

Mengapa?

Lifestyle hari ini yang sangat sibuk menjadi alasan utama untuk tidak merenungkan Firman Tuhan. Ungkapan “Saya sibuk dan tiada masa untuk membaca firman” sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi kita. Namun sedar atau tidak apabila kita tidak berjalan dengan FirmanNya setiap hari, kita sebenarnya tidak ada kemampuan untuk menghadapi dunia. Kita akan berjalan dengan menggunakan kekuatan sendiri. Yang paling ketara, kita akan cenderung marah untuk hal yang kecil atau remeh temeh, tiada damai, merasa kering dan mudah putus asa. Ini adalah simptom kelaparan rohani.

Apa yang cuba saya maksudkan di sini adalah jangan kita abaikan bahagian yang jauh lebih penting iaitu makanan rohani kita, iaitu FIRMAN TUHAN.

Jangan salah faham kerana saya bukanlah seorang yang anti pekerjaan kerana saya tahu pekerjaan atau kareer itu salah satu keperluan utama. Kalau tidak bagaimana boleh kita menampung keperluan hidup ? Anak-anak dan keluarga kita memerlukan kita untuk bekerja. Apa yang cuba saya maksudkan di sini adalah jangan kita abaikan bahagian yang jauh lebih penting iaitu makanan rohani kita, iaitu FIRMAN TUHAN.

Dunia hari ni sangat jahat. Kita sering mendengar berita buruk setiap hari, namakan saja:  Kes bunuh diri, pembunuhan, rompakan, penipuan dan sebagainya. Bagaimana mungkin kita dapat bertahan dn menghadapi dunia ini tanpa Firman Tuhan? Renungkan.

Mazmur 119:105 tertulis “FirmanMu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku..“:

Benar, Firman Allah mengandungi prinsip-prinsip rohani yang akan membantu kita menjauhi banyak kesusahan, godaan, perangkap dunia dan juga setiap tragedi yang disebabkan oleh keputusan dan pilihan yang salah. Oleh sebab itu kita harus menghargai hikmatnya dan berpegang teguh pada ketetapanNya dalam segala situasi kehidupan kita.

Sekali lagi, kita sebagai orang yang percaya perlukan Firman Tuhan , begitu juga dengan anak-anak kita, keluarga kita, teman-teman kita. SETIAP HARI. Tiada hari yang terkecuali. Justeru itu, sematkan lah itu di hati mu dan hiduplah berlandaskan FirmanNya. Pasti segalanya akan ditambahkan kepadamu, berkat rohani maupun berkat fizikal.

Tuhan Berkati.

SHARE
Previous articleChozen Band
Next articleWorry Not!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here