Strategi Yosafat Memenangkan Pertempuran

0
37

2 Tawarikh 20:1-22.

Kalau kita membaca ayat Firman Tuhan diatas, kita dapat menemukan bahawa bani Moab dan bani Amon telah bersekutu untuk menyerang orang Yehuda, dengan jumlah tentara yang sangat besar. Menyebabkan raja Yosafat merasa sangat takut menghadapi mereka.

Namun akhirnya, ketakutan Yosafat telah bertukar menjadi sukacita yang meluap-luap, kerana Tuhan sendiri telah turun berperang melawan bani Moab dan bani Amon dengan cara-Nya sendiri, lalu mengalahkan mereka.

Apakah strategi yang telah diperbuat Yosafat sehingga memenangkan pertempuran?

Marilah kita belajar dari strategi Yosafat, berdasarkan apa yang dikatakan dalam 2 Tawarikh 20:3-23

1. Dengan mengambil keputusan untuk mencari Tuhan dengan berdoa dan berpuasa – 2 Tawarikh 20:3-13

Kerana Yosafat menjadi takut, maka ia mengambil keputusan untuk mencari Tuhan. Ia menyerukan kepada seluruh Yahuda supaya berpuasa, maka orang Yahuda pun datang bersama dan berkumpul untuk mencari Tuhan serta memohon pertolongan-Nya. Lalu Yosafat pun mulai berdoa kepada Tuhan – ay.6-12.

2. Dengan mengambil keputusan untuk percaya sepenuh hati kepada Tuhan – 2 Tawarikh 20:20.

Ketika pasukan Yahuda hendak berangkat ke medan pertempuran, berdirilah Yosafat, dan berkata: "Dengar, hai Yahuda dan penduduk Yerusalem! Percayalah kepada Tuhan, Allahmu, dan kamu akan tetap teguh!

3. Dengan bersorak sorai dan menyanyikan nyanyian pujian kepada Tuhan – 2 Tawarikh 20:21-22.

Ketika penyanyi dari pasukan Yahuda mulai bersorak sorai dan menyanyikan nyanyian pujian kepada Tuhan, maka dibuat Tuhanlah penghadangan terhadap bani Amon dan Moab…sehingga mereka saling bunuh membunuh sesama sendiri, demikianlah Tuhan berperang dan mengalahkan bani Amon dan Moab bagi pihak Yahuda – 2 Tawarikh 20:23

Mulailah setia berdoa, percaya yang sungguh, dan bersorak sorai sambil menyanyikan nyanyian pujian kepada Tuhan dengan segenap hati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here