Tuhan Sentiasa Memerhatikan

0
29

2 Tawarikh 7:14-15 (TB) dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka. Sekarang mata-Ku terbuka dan telinga-Ku menaruh perhatian kepada doa dari tempat ini.

Siapakah yang akan diperhatikan Allah?

1. Tuhan memberi perhatian kepada umat-Nya yang mau merendahkan diri dihadapan-Nya – ayat 14a

Merendahkan diri dihadapan Tuhan ertinya mengakui bahawa ia telah berbuat dosa, lalu berdoa untuk memohon belas kasihan Tuhan untuk mengampuninya.

Kerana yang merupakan pemisah antara kita dengan Allah, adalah kerana segala dosa kita-Yesaya 59:1-2

Berbahagialah orang yang mengakui dosanya, kerana sesungguhnya Tuhan itu setia dan adil sehingga Tuhan mengampuni segala dosanya dan menyucikannya dari segala kejahatannya-1 Timotius 1:9

Sebab itu rendahkanlah hati kita dihadapan Tuhan dengan cara mengakui segala dosa lalu berbaliklah dari jalan-jalan yang jahat, maka Tuhan akan memberi perhatian khusus kepada kita. Saat kita bersedih, Tuhan hiburkan. Saat kita kekurangan, Tuhan menyediakan. Saat kita lemah, Tuhan kuatkan. Saat kita sengsara, Tuhan beri kemampuan untuk bertahan. Saat kita bertobat, Tuhan ampuni. Saat kita berdoa, Tuhan dengarkan.

2. Tuhan memberi perhatian kepada umat-Nya yang mau mencari Wajah-Nya – Ayat 14b

Daud mengatakan bahawa dia mau mencari Wajah Tuhan, kerana ia hendak menaati firman Tuhan yang mengatakan: “Carilah Wajah-Ku-Mazmur 27:8

Saat kita mau bertekun didalam doa, didalam membaca Alkitab, didalam menaati firman Tuhan, didalam mengejar kekudusan, bererti kita sedang mencari Wajah Tuhan.

Alkitab mengatakan, Carilah Tuhan selama Ia berkenan ditemui; berserulah kepadaNya selama Ia dekat-Yesaya 55:6. Sebab beginilah Firman Tuhan kepada kaum Israel: “Carilah Aku, maka kamu akan hidup!-Amos 5:4

Mari mulai merendahkan diri dihadapan Tuhan, sambil mencari Wajah-Nya. Maka mata dan telinga Tuhan akan sentiasa terbuka kepada kita, dan Tuhan akan memberi perhatian khusus kepada kita dalam segala keperluan kita, baik secara rohani maupun jasmani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here