Perkongsian

Kuasa Pujian dan Penyembahan

By January 4, 2007 No Comments

Saya sangat terdorong untuk memberi kesaksian ini selepas saya membaca kesaksian dari Triple J. Mungkin ia akan menghiburkan dan memberkati saudara yang membaca kesaksian ini.

Kesaksian ini berlaku sekitar hujung tahun 2001. Pada masa tersebut saya sering pergi ke Bangi dan tinggal di Kajang. Tempat yang saya tinggal tersebuat merupakan rumah sewa kawan saya dari Sabah. Bersebelahan rumah tersebut tinggal keluarga India yang saya kira sangat kuat pegangan agamanya kerana mereka sering merayakan hari-hari kebesaran mereka dan sering saya terhidu bau asap persembahan. Saya juga melihat terdapat dua benda berbentuk ladam kuda dan muka makluk bertaring tergantung di bahagian atas pintu masuk rumah mereka. Saya percaya itu merupakan penjaga rumah mereka. 

Sebagai seorang kristian, saya selalu berdoa dan memuji Tuhan di rumah tersebut malahan saya berdoa untuk rumah disebelah dan mengikat roh-roh yang ada di sana. Pada satu malam sedang saya berdoa menyembah Tuhan, hadirat-Nya turun dengan begitu kuat membuatkan saya menyembah dengan pujian sepontan yang lahir dari hati dan roh saya. Tiba-tiba saya melihat satu penglihatan singkat, hanya sesaat iaitu makluk yang tergantung di atas pintu rumah jiran. Saya tidak mengerti penglihatan tersebut. Keesokan harinya saya melihat objek makluk yang berada di sebelah jiran telah terjatuh dan saya agak telah pecah.

Setelah beberapa bulan berlalu barulah saya mengerti apa yang telah terjadi sebenarnya iaitu selepas saya mengikuti satu kursus pujian penyembahan. Apabila kita menyembah Tuhan dengan lagu-lagu baru iaitu pujian sepontan maka Tuhan akan turun dan bertakhta di atas pujian tersebut. Iblis tidak dapat bertahan dengan hadirat Tuhan.

"Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahawa penyembah2 benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran"

Segala kemuliaan bagi Tuhan kita Yesus Kristus. 

Sumber : Randie – Persekutuan Muda Mudi Kristian.

Hebats Editor

Hebats Editor

Penulis lead editor dan founder untuk laman web Hebats.Com, bermula daripada hobi rekabentuk grafik, muzik dan membaca artikel, sehinggalah perkongsian melalui laman web ini.

Leave a Reply

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com